Min Homestay

Terletak berhampiran dengan Universiti Sains Malaysia kampus Kelantan dan Hospital Universiti Sains Malaysia, Min Homestay berteraskan rumah tumpangan sewaan harian.

Min Homestay adalah berasaskan rumah banglo kampung dan juga rumah – rumah kecil.

Kelebihan Min Homestay

1/ Parking kereta yang luas dan berbumbung.

2/ Halaman rumah berpagar dan dikunci setiap malam (Kunci pintu pagar disediakan bersama kunci bilik).

3/ Halaman rumah diterangi dengan dua lampu jalan.

4/ Daftar keluar boleh dilewatkan sehingga 5 petang jika tiada tetamu yang menempah di bilik tersebut untuk hari berikutnya.

5/ Cadar dan tuala ditukar setiap hari (jika perlu)

6/ Sabun mandi baru disediakan.

7/ Tambahan tilam, bantal dan selimut disediakan dengan percuma (atas keperluan).

8/ ‘Outdoor kitchen’ menyediakan peralatan memasak, dapur dan peti sejuk secara percuma kepada tetamu.

9/ Mesin basuh juga disediakan.

10/ Talian internet (wi-fi) juga disediakan secara percuma (ID: Min Homestay Territory; passkey: 1234567890)

11/ Kemudahan kenderaan setiap masa kepada tetamu yang tiada kenderaan untuk berulang alik ke hospital.

12/ Kemudahan kenderaan disediakan dari stesen bas / lapangan terbang.

13/ Makanan pagi disediakan tanpa bayaran tambahan kepada tetamu yang menempah semua bilik pada satu – satu masa.

14/ Keadaan bilik dan bilik air mesra OKU dan warga emas. Sesuai untuk mereka yang berkerusi roda.

15/ Kerusi roda disediakan secara percuma kepada yang memerlukan.

16/ Terdapat mini zoo di halaman rumah

17/ Bahan asas memasak terdapat di dalam peti sejuk di Open Guest Kitchen (tetamu terdahulu mungkin meninggalkan bahan mentah)

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>