Min House Camp

Min House-Camp merupakan cawangan utama Min Homestay. Memulakan operasi pada 1 Mei 2009 setelah mendapat sambutan baik dari tetamu Min Homestay. Parking kereta yang luas boleh memuatkan 20 buah kereta. Wifi Highspeed internet turut disediakan secara percuma serta banyak lagi kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti berikut :

  • Rumah Penginapan ( 13 buah bilik dan boleh menampung seramai 80 pada satu masa)
  • Dewan (Muatan seramai 80 orang )
  • Taman Kelip-Kelip
  • Taman Edible
  • Taman Lebah Trigona
  • Produk Lebah
  • Perkampungan Pengantin
  • Bilik terapung dan jeti untuk kaki joran dan melihat kelip-kelip

Lokasi:
1 km ke pekan Kubang Kerian dan 1 km ke USM melalui jalan kampung.
6 km ke Kota Bharu dan 4 km ke Wakaf Che Yeh.
30 km ke Rantau Panjang dan 30 km ke Pengkalan Kubur.20 km ke Pantai Irama Bachok

Sesuai untuk seminar, kursus, hari keluarga, camp, aktiviti pelajar dan majlis perkahwinan.

Min House-Camp terletak tepi sungai di Kampung Pulau, Kubang Kerian. 6km dari Bandar Kota Bharu, dan 6 km ke pantai Bachok. Terletak di dalam dusun buah – buahan dan sesuai untuk tetamu yang mengimpikan ketenangan.

Min House-Camp menyediakan 5 unit kediaman di yang memuatkan antara 3 – 10 orang untuk setiap unit.

Open kitchen di Min House-Camp menyediakan peti sejuk, freezer besar, dapur gas, meja makan, mesin basuh, periuk, kuali, periuk nasi, cerek elektrik, kuali, pembakar roti, sudu & garfu, lesong batu, pinggan mangkuk, gelas dan cawan, stainless steel tray dan bekas minuman untuk buffet, peralatan BBQ.

Hose juga disediakan untuk membaasuh kereta anda di halaman yang luas.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.