Bagi tetamu yang ingin merasai suasana kampung yang tidak tersentuh oleh bunyi bising dan kesibukkan kota, Min Homestay adalah pilihan yang sesuai. Melawat ke Kampung Pulau dan merasai kehidupan sederhana secara tradisional dalam lawatan yang singkat. Min Homestay sesuai untuk tetamu yang mencari ketenangan dan mencintai alam sekitar, juga sesuai untuk kunjungan sekeluarga. Kampung Pulau menanti kedatangan anda untuk diterokai dan beristirehat.
Kebanyakan tetamu kami merupakan keluarga, sahabat dan juga pelajar serta pesakit di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Kami juga menerima tetamu yang sedang menjalani terapi di HUSM untuk tempoh masa yang lama.
HUBUNGI: KAK YAH 013 922 5440
Kelebihan Min Homestay
1/ Parking kereta yang luas dan berbumbung.
2/ Halaman rumah berpagar dan dikunci setiap malam (Kunci pintu pagar disediakan bersama kunci bilik).
3/ Halaman rumah diterangi dengan dua lampu jalan.
4/ Kedai runcit bersebelahan Min Homestay.
5/ Daftar keluar boleh dilewatkan sehingga 5 petang jika tiada tetamu yang menempah di bilik tersebut untuk hari berikutnya.
6/ Cadar dan tuala ditukar setiap hari (jika perlu)
7/ Sabun mandi baru disediakan.
8/ Tambahan tilam, bantal dan selimut disediakan dengan percuma (atas keperluan).
9/ ‘Outdoor kitchen’ menyediakan peralatan memasak, dapur dan peti sejuk secara percuma kepada tetamu.
10/ Mesin basuh juga disediakan secara percuma.
11/ Talian internet (wi-fi) juga disediakan secara percuma (ID: Min Homestay Territory; passkey: 1234567890)
12/ Kemudahan kenderaan setiap masa kepada tetamu yang tiada kenderaan untuk berulang alik ke hospital.
13/ Kemudahan kenderaan disediakan dari stesen bas / lapangan terbang.
13/ Makanan pagi disediakan tanpa bayaran tambahan kepada tetamu yang menempah semua bilik pada satu - satu masa.
14/ Keadaan bilik dan bilik air mesra OKU dan warga emas. Sesuai untuk mereka yang berkerusi roda.
15/ Kerusi roda disediakan secara percuma kepada yang memerlukan.
16/ Terdapat mini zoo di halaman rumah
17/ Bahan asas memasak terdapat di dalam peti sejuk di Open Guest Kitchen (tetamu terdahulu mungkin meninggalkan bahan mentah)
Min Homestay 3 kini sedia menerima tetamu! Sebuah bungalow dengan 2 ruang tamu, 4 bilik tidur, 2 bilik mandi dan 1 dapur pada hanya RM180 satu malam! Halaman rumah berpagar yang luas. Sesuai untuk keluarga, perarakan pengantin dan sebagainya. Hubungi kami untuk tempahan!
Update 24May: Min Homestay 3 telah dinaiktaraf pada harga yang sama!
bagitau ada zoo mini kat homstay tuh..
dh bgtau dh
Allah allah..
apa pasal murah sangat2 ni??
berbaloi ke macam ni sedangkan orang lain letak harga yang lebih tinggi..
atau encik memang compete on pricing? (sedangkan facilities mmg top!)
occupancy rate 100%?
ari tu saya gi kelantan..1 bilik di 1 guest house tu RM90, facilities punya ciput saja..
sajer nak membantu
Homestay ni sampingan sahaja sebab Anak2 Mama berada kat Luar..
Rumah banyak bilik kosong, sewa disamping dapat kenalan baru
Assalaimualaikum,
fiza ingin bertanya kalau ingin buat tempahan pada bulan oktober 2008,masih ada lagi tak bilik yang masih kosong kerana pada 03/10/08,fiza ingin menempatkan keluarga bakal suami sebelum majlis perkahwinan pada keesokannya dan kalau masih ada kosong lagi fiza ingin booking 2 atau 3 bilik..
assalamualaikum…
saya dari kedah..pada hujung bulan okt 2008 sy dn keluarga bercadang nk ke kelantan,jadi sy nk tanya kalau min homestay 3 boleh di tempah..dalam hujung bulan 10..
Fiza.Ada 2 pilihan pada 3 hb oktober.
Pilihan 1 Rumah bunglow 4 bilik iaitu minhomestay 3 harga 180.00 satu malam
Pilihan ke 2 Rumah teres 2 bilik setingkat di Desa Darulnaim,Pasir Tumbuh, 3 km dari Kubang Kerian. kadar 100 rm semalam. Belum di peromosikan dalam web minhomestay lagi sbb baru saja siap masukkan perabut, ada dapar, peti sejuk dan juga mesin basuh.Hubungi kak yah melalui talipon 013 9225440 untuk dapatkan nama penuh dan talipon.
Semua bilik di minhomestay 1 dan 2 telah di tempah pada tarikh tersebut.terima kasih
En Aziz. Minhomestay 3 masih kosong pada 26 oktober hingga awal november.Hubungi kak yah melalui talipon 013 9225440 untuk dapatkan nama dan talipon untuk tempahan.Terima kasih
mamayah..
assalamualaikum..selain dari minhomestay3 ada lg tak banglo lain yg boleh menempatkan antara 10 hingga 15 orang..kalau boleh nk yg dalam kawasan min homestay..
Assalamualaikum….
Ada lagi ke bilik Tanjung untuk 5 orang sekeluarga pada 22/11 hingga 23/11/2008 ni…………….
A@kum wbh.
Saya bercadang untuk ke Kelantan pada penghujung tahun (Disember 2008). Masih ada kekosongankah di Minhomestay 3 pada 20 - 24 Disember 2008? Minhomestay 3 terletak di mana dan bagaimana cuaca pada Disember 2008 (musim hujan/banjirkah)?
aida.tarikh tu masih kosong lagi.Minhomestay 3 letak nya 500metre dari minhomesray 1.Walaupun musim hujan minhomestay 3 dan laluannya insyaalah tidak terkena banjir
aida.tarikh tu masih kosong lagi.Minhomestay 3 letak nya 500metre dari minhomesray 1.Walaupun musim hujan minhomestay 3 dan laluannya insyaalah tidak terkena banjir
harun.bilik tanjung,mawar dan melor dah penuh dari 21-25 nov.